MESYUARAT LEMBAGA INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS) BIL 8/2025
24 Jun 2025
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Cawangan Kualiti telah menjayakan satu Mesyuarat Lembaga di Hotel Le Meridien, hari ini.
Sebanyak lima (5) kertas cadangan dan satu (1) kertas makluman telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada ahli mesyuarat.
Mesyuarat juga dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jakim.