MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN IPDAS KE-19
24 Jun 2025
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19 bertempat Hotel Le’Meridien, Sabah.
Mesyuarat ini telah melibatkan agensi kerajaan negeri Sabah bagi membantu menjayakan Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS yang akan berlangsung tidak lama lagi disamping mendapatkan sudut pandang daripada setiap agensi yang terlibat.
Mesyuarat ini juga dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jakim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, YBrs. Ustazah Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS dan beberapa urus setia Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS ke-19 Tahun 2025.