Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Salam Maal Hijrah 1447H/2025M
“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah An-Nisa’ ayat 100)
Semoga tahun baru Hijrah ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya
‘Membangun Ummah Madani’
Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah