IPDAS SERTAI MAJLIS SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SABAH 1447H/2025M
27 Jun 2025 (Jumaat)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menyertai Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman (Yang di-Pertua Negeri Sabah) di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.
Sempena sambutan Ma'al Hijrah ini, IPDAS turut berpeluang membuka reruai bagi memperkenalkan IPDAS kepada para pengunjung yang hadir.