WARGA IPDAS SAMBUT MA'AL HIJRAH 1447H/2025M DI MASJID BAITURRAHMAN
27 Jun 2025 (Jumaat)
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah di Masjid Baiturrahman, IPDAS pada 26 Jun 2025.
Antara pengisian sepanjang program ini ialah ceramah bertajuk "Hijrah sebagai Manifestasi Ketaatan dan Pengorbanan" yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Rosman bin Suni, Pensyarah IPDAS.
Mahasiswa dan pensyarah IPDAS hadir bagi memeriahkan majlis ini.