PERTANDINGAN MALAM PATRIOTIK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-67 DAN HARI SABAH

31 Ogos 2024

Kudat - Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan Malam Patriotik sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 dan Hari Sabah pada 31 Ogos 2024, di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat.

Program ini telah diisi dengan pertandingan deklamasi Pantun, Syair dan Sajak kemerdekaan serta pementasan lakonan bertemakan jajahan dan kemerdekaan negara, melibatkan pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM).

YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat turut hadir sekaligus merasmikan majlis tersebut, selain turut dihadiri oleh barisan Penolong Pengetua dan beberapa staf IPDAS Kampus Kudat memeriahkan majlis.

Semoga majlis ini akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan memupuk sikap kenegaraan yang tinggi sebagai warganegara Malaysia.

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits