MESYUARAT PERSIAPAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA

30 Ogos 2024

30 Ogos 2024

Kudat - Seksyen Akademik IPDAS Kampus Kudat telah menjadi urus setia kepada mesyuarat persiapan pelaksanaan program pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Dakwah Islam Tahap Tiga IPDAS Kampus Kudat, bermula 9.30 pagi tadi bertempat di bilik mesyuarat IPDAS Kampus Kudat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat dan dihadiri oleh beberapa pegawai dan pensyarah yang berkait dengan pengurusan SKM Dakwah Islam Tahap Tiga di IPDAS Kampus Kudat.

Antara perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah penyusunan jadual pengajian, program sokongan dan pembahagian Kompetensi Unit kepada tenaga pengajar.

Sebagai rekod, perantis SKM Dakwah Islam Tahap Tiga IPDAS Kampus Kudat kohort kedua dijangka akan melapor diri di IPDAS Kampus Kudat pada 2 September 2024.

Semoga dipermudah segala urusan dan semua keputusan mesyuarat akan terlaksana dengan berkesan.

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits