SLOT MOTIVASI DAN TAKLIMAT HALATUJU PENDIDIKAN

26 Ogos 2024

26 Ogos 2024

Kudat - Satu slot Motivasi dan Taklimat Halatuju Pendidikan telah diselaraskan oleh Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat, bermula jam9.30 pagi tadi bertempat di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat.

Slot ini telah dikendali sepenuhnya oleh Encik Muhammad Hafizi bin Nurodin, merupakan Kaunselor bertauliah di IPDAS Keningau.

Antara lain matlamat program ini diadakan adalah bagi meningkatkan motivasi pelajar, membentuk kerangka pemikiran agar mampu bersikap positif khusus dalam proses menimba ilmu serta mendedahkan laluan yang boleh diterokai oleh semua pelajar untuk melanjutkan pengajian kelak.

Adalah menjadi harapan pihak penganjur, agar matlamat program ini akan dapat dicapai serta berkesan kepada semua pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM).

Sehubungan dengan itu, pihak IPDAS Kampus Kudat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Encik Muhamad Hafizi bin Nurodin, Kaunselor bertauliah IPDAS Keningau, atas kesudian hadir  memenuhi undangan. Semoga bermanfaat hendaknya.

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits