KULIAH ZOHOR BULANAN IPDAS KAMPUS KUDAT TAHUN 2024

26 Ogos 2024

Kudat - Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat melalui Pusat Islam, telah melaksanakan Kuliah Zohor Bulanan pada 25 Ogos 2024/Ahad, bertempat di Surau al-Hidayah IPDAS Kampus Kudat.

Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhamad Akmal bin Othman, merupakan pendakwah bebas yang bertauliah di negeri Sabah dengan bacaan Kitab 40 Hadis Akhlak Mulia karangan al-Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam.

Antara lain matlamat kuliah bulanan ini dilaksanakan di IKK adalah bagi membentuk peribadi Mukmin dalam kalangan pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM), sesuai dengan apa yang digariskan dalam Islam.

Semoga program ini akan dapat diteruskan sesuai rencananya dan akan meninggalkan manfaat kepada semua.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Muhammad Akmal bin Othman, atas kesudian memenuhi undangan.

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits