PROGRAM JIWA MERDEKA SEMARAK SEMANGAT PATRIOTIK

24 Ogos 2024

24 Ogos 2024 (Sabtu) 

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Seksyen Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Jabatan Pengajian Umum telah mengadakan Program Jiwa Merdeka pada 23 Ogos 2024, semalam bertempat di Dewan Tun Sakaran. 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam pelbagai aspek sekali gus meningkatkan kefahaman para mahasiswa IPDAS dalam penghayatan etika, peradaban dan semangat nasionalisme. 

Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS. Turut hadir para pensyarah IPDAS  bagi memeriahkan program dan menyaksikan persembahan-persembahan daripada para mahasiswa IPDAS. 

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#OGOS
#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024    0 hits