LAMBAIAN KASIH : BUDI DIKENANG, JASA DISANJUNG

23 Ogos 2024

23 Ogos 2024 (Jumaat)

Keningau - Majlis Lambaian Kasih telah dijalankan dengan jayanya pada hari ini di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah. Majlis yang diadakan ini dilaksanakan sempena perpisahan dan bagi menghargai bakti Ustaz Ahmad Nur Amsyar bin Zainal dan Ustaz Mohd Shalahudin bin Ismail yang masing-masing bakal berkhidmat di tempat baharu iaitu Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPS) JAKIM dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Majlis dimulai dengan ucapan oleh Ustaz Ahmad Nur Amsyar dan Ustaz Mohd Shalahudi disusuli dengan ucapan penghargaan Pengarah IPDAS, Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman dan wakil daripada setiap cawangan. 

Tidak dilupakan, cenderahati kenang-kenangan juga telah diberikan kepada yang dirai sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada IPDAS. 

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ustaz Ahmad Nur Amsyar dan Ustaz Mohd Shalahudin. Semoga kita berjumpa lagi di masa yang akan datang. Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat di tempat baharu.

#IPDASdihati 
#IndahnyaIPDAS
#OGOS
#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook: @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram: @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024    0 hits