PROGRAM FUNDAMENTALS AND BASICS OF INTERFAITH TAHUN 2024

22 Ogos 2024

22 Ogos 2024 (Khamis) 

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) melalui Jabatan Akidah Cawangan Akademik telah menganjurkan Program Fundamentals and Basics of Interfaith yang melibatkan para mahasiswa IPDAS, hari ini bertempat di Dewan Tun Sakaran. 

Tujuan program ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada pelajar berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ancaman ajaran sesat yang berlaku di Malaysia. Di samping itu juga, program ini dilaksanakan untuk memenuhi Sasaran Kerja Strategik JAKIM bersama IPDAS iaitu di dalam Teras 4 (Dakwah dan Pembangunan Insan : Memantapkan kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Inklusif bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak) di bawah strategi kedua iaitu memantapkan pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta cara hidup berdasarkan syariah dan akhlak Islam.

Program ini telah disampaikan oleh para panel jemputan iaitu Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz bin Hj. Jaafar (Sahibus Samahah Mufti Negeri Sabah), Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi (Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)) dan Tuan Joannes Lukas (Ketua Pegawai Eksekutif, Hidayah Centre Foundation (HCF)).

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#OGOS
#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024    0 hits