BENGKEL PENGENDALIAN LIVE STREAMING IPDAS KAMPUS KUDAT TAHUN 2024

11 Ogos 2024

11 Ogos 2024

Kudat - Seksyen Pendaftar melalui Unit ICT IPDAS Kampus Kudat telah selesai melaksanakan Bengkel Pengendalian Live Streaming, di Bilik ICT IPDAS Kampus Kudat pada 10-11 Ogos 2024.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh speaker jemputan, En. Mohd Hamizi bin Abd. Kamil dengan pengisian lima slot berkaitan.

Pada penghujung bengkel tadi, para peserta dilatih mengendalikan Live Streaming serta didedahkan kepada pengenalan asas penyediaan grafik iklan.

Majlis penangguhan bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat dengan penyampaian sijil penghargaan kepada speaker dan fasilitator serta sijil penyertaan kepada semua peserta termasuk beberapa orang awam dan wakil sekolah menengah di daerah Kudat.

Sehubungan dengan itu, pihak IPDAS Kampus Kudat ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada speaker atas kesudian hadir memenuhi undangan, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Diharapkan kolaborasi ini akan dapat diteruskan pada program akan datang.

Tahniah semua peserta, semoga beroleh ilmu yang bermanfaat buat diri, keluarga dan masyarakat. 

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits