PROGRAM BAKTI SISWA IPDAS KAMPUS KUDAT

10 Ogos 2024

10 Ogos 2024

Kudat - Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat telah melaksanakan Program Bakti Siswa pada hari ini, bertempat di Kg. Minyak dan Kg.Terongkongan Laut, Sikuati, Kudat. 

Program yang melibatkan pelajar SAPIM IPDAS Kampus Kudat serta beberapa orang pensyarah ini telah diisi dengan aktiviti gotong royong, serta ramah mesra bersama penduduk kampung.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi mendedahkan pelajar kepada khidmat sosial dalam masyarakat serta mengeratkan jaringan kerjasama antara institusi dan masyarakat.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penduduk kedua kampung tersebut serta semua yang bersama menjayakan program ini.

Semoga program ini mencapai matlamatnya serta meninggalkan manfaat kepada penduduk kampung.

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits