PERHIMPUNAN BULANAN KAKITANGAN SYARIKAT SWASTA IPDAS KAMPUS KUDAT

08 Ogos 2024

8 Ogos 2024

Kudat - Satu Perhimpunan Bulanan Kakitangan Syarikat Swasta IPDAS Kampus Kudat telah diselaras oleh Seksyen Pendaftar IPDAS Kampus Kudat pada pagi tadi, bertempat di Dewan Utama.

Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah bagi menyelaraskan bidang tugas serta memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Syarikat adalah bertepatan dengan kontrak perjanjian. 

Perhimpunan tersebut dihadiri oleh semua kakitangan Syarikat Swasta yang terdiri daripada Syarikat Kawalan Keselamatan, Syarikat Pembersihan dan Dewan Makan.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat, barisan Penolong Pengetua dan beberapa orang staf dari Seksyen Pendaftar IPDAS Kampus Kudat.

YBrs. Puan Norhikmah binti Masir telah menyampaikan ucapan amanat sempena perhimpunan tersebut.

ADMIN

#IPDASKampusKudat 
#IPDASdihati


 05 September 2024    0 hits