PERHIMPUNAN BULANAN DAN PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPDAS KAMPUS KUDAT

26 Julai 2024

26 Julai 2024

Kudat- Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat telah selesai melaksanakan Perhimpunan Bulanan dan Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar IPDAS Kampus Kudat Sesi 2024-2025, pada pagi tadi bertempat di Dewan Utama.

Seramai 16 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar IPDAS Kampus Kudat Sesi 2024-2025 telah menerima mandat perlantikan dengan diketuai oleh Saudara Mohd. Juhaim bin M. Richard sebagai Presiden.

YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat hadir menyampaikan ucapan amanat sekaligus menyempurnakan penyerahan watikah perlantikan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli majlis yang diberi mandat, selamat menjalankan tugas. Semoga dipermudah segala urusan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah barisan Penolong Pengetua, pensyarah dan staf IPDAS Kampus Kudat.

ADMIN 

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024  UKK IPDAS  0 hits