MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KOMPAS X CEFIT DE MURUG TURUG WATERFALL DAN KIRONGULAD WATERFALL

26 Julai 2024

26 Julai 2024 (Jumaat)

Keningau - Satu majlis penyampaian sijil bagi program KOMPAS X CEFIT de Murug Turug Waterfall dan Kirongulad Waterfall telah diadakan pada hari ini. 

Aktiviti anjuran Komuniti Pendaki IPDAS (KOMPAS) dan Pusat Latihan Kecemerlangan Islam (CEFIT) ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh silaturahim sesama kakitangan IPDAS menerusi modul asimilasi kebesaran ciptaan alam semulajadi Allah SWT. 

Program ini sekaligus menjadi agen 'stres relief' dalam kalangan peserta yang mempunyai latar belakang isu yang pelbagai di samping merangsang kesihatan minda, kestabilan emosi dan pemikiran yang adaptif.

Penyampaian sijil disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPDAS, Dr. Marina binti Kassim kepada para peserta yang terlibat dalam program yang diadakan pada 18 Mei 2024 (Murug Turug Waterfall) dan 13 Julai 2024 (Kirongulad) lalu.

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#JULAI
#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024  UKK IPDAS  0 hits