MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA

20 Julai 2024

19 Julai 2024

Kota Kinabalu - Seksyen Akademik melalui Unit Sijil Kemahiran Malaysia telah melaksanakan mesyuarat penyelarasan SKM Dakwah Islam Tahap Tiga IPDAS Kampus Kudat, pada 9.00 pagi kelmarin, bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Hidayah Centre Foundation Sabah.

Tujuan pelaksanaan mesyuarat ini adalah bagi mengukuhkan permuafakatan dalam melaksanakan program pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Dakwah Islam Tahap Tiga di IPDAS Kampus Kudat, dengan kerjasama syarikat bertauliah iaitu Hidayah Centre Foundation Sabah dan YADIM Sabah.

Mesyuarat telah dipengerusi oleh YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS dan turut dihadiri oleh Pengetua IPDAS Kampus Kudat, barisan Penolong Pengetua, ketua Unit SKM Dakwah Islam IPDAS Kampus Kudat, Ketua Operasi Wilayah Sabah Hidayah Centre Foundation Sabah dan Coach dari kedua-dua syarikat bertauliah.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua yang berkesempatan hadir menjayakan mesyuarat ini, sekaligus menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan program pengajian ini.

Semoga setiap keputusan yang dimaterai dalam mesyuarat tersebut akan dipermudah dan dapat dilaksana dengan berkesan. 

ADMIN

#IPDASKampusKudat
#IPDASdihati


 05 September 2024  UKK IPDAS  0 hits