PROGRAM BINTANG JAWI BERSAMA SK MAGATANG DAN SAN KG MENAWO

18 Julai 2024

Keningau - Pada 15 dan 16 Julai 2024, Program Bintang Jawi telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Magatang dan Sekolah Agama Negeri (SAN) Kampung Menawo.

Program ini merupakan salah satu tugasan bagi Kursus Komunikasi Dakwah dan Kursus Hubungan Insan yang bertujuan untuk menilai gaya komunikasi yang pelbagai dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran selain untuk menilai etika dan kerjasama pelajar semasa berhadapan dengan golongan sasaran. 

Seramai 29 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester 3A Diploma Dakwah Islamiah serta 17 orang murid sebagai peserta telah menjalankan program ini di Sekolah Kebangsaan Magatang manakala di SAN Kampung Menawo, fasilitator terdiri daripada 28 orang pelajar semester 3B Diploma Dakwah Islamiah dan dihadiri 60 orang peserta.

IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#JULAI

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024  UKK IPDAS  1 hits