IPDAS CAKNA KEBAJIKAN KAKITANGAN

16 Julai 2024

IPDAS CAKNA KEBAJIKAN KAKITANGAN 

16 Julai 2024 (Selasa)
Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) yang merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di Sabah sentiasa komited dalam menjaga kebajikan seluruh kakitangannya.

IPDAS melalui Badan Kebajikan IPDAS (BAKTI) sentiasa cakna terhadap kebajikan dan membantu dalam meringankan beban yang menimpa warga IPDAS  dalam apa jua keadaan dan musibah yang datang.

Sehingga kini BAKTI IPDAS telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada kakitangan dan bekas kakitangan IPDAS yang ditimpa kesusahan.

Pada 10 Julai 2024 yang lalu, IPDAS telah melaksanakan ziarah sekali gus menyerahkan sumbangan kepada Puan Malinie binti Jamilin dan keluarga Ustaz Muhammad Hakimi bin Abdul Mutalib yang telah menjalani pembedahan dan  rawatan kesihatan. 

Pada 12 Julai 2024, pihak BAKTI turut menziarahi Puan Petronilla (bekas kakitangan IPDAS) atas kematian suami beliau. 

Dalam situasi seperti ini, IPDAS sentiasa memahami keperluan dan berusaha untuk meringankan beban warga kerja yang memerlukan.

#IPDASdihati
#IndahnyaIPDAS
#JULAI
#IPDASPrihatin

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS. 

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS
Youtube: IPDAS JAKIM TV
Instagram : @ipdas_jakim
Tiktok: @myipdas


 05 September 2024  UKK IPDAS  0 hits