PROGRAM TAUTAN UKHUWAH PELAJAR SAPIM MBRKK DAN SKM DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA IPDAS KAMPUS KUDAT

30 Jun 2024

PROGRAM TAUTAN UKHUWAH PELAJAR SAPIM MBRKK DAN SKM DAKWAH ISLAM TAHAP TIGA IPDAS KAMPUS KUDAT

30 Jun 2024, Kota Kinabalu - Telah berlangsung Program Tautan Ukhuwah bersama pelajar kohort pertama SAPIM MBRKK dan SKM Dakwah Islam Tahap Tiga IPDAS Kampus Kudat, bermula 09.00 pagi, bertempat di Dewan Madinah MBRKK.

Antara lain tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meraihkan kejayaan semua pelajar sulung kedua program tersebut menamatkan pengajian, sekaligus diadakan sesi bergambar sebagai bahan galeri penyediaan buku Majlis Istiadat Konvokesyen Tahun 2024 yang dijangka akan berlangsung pada Ogos.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar, kemudian ucapan aluan dari YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat, disusuli dengan ucapan amanat oleh YBrs. Tuan Haji Sabari Kamari, Pengarah IPTAM MBRKK dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah pihak pengurusan dan barisan pensyarah SAPIM IPDAS Kampus Kudat serta MBRKK.

Sehubungan dengan itu, pihak IPDAS Kampus Kudat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini khususnya kepada pihak MBRKK.

Semoga matlamat program ini akan tercapai dan mengukuhkan lagi pelaksanaan SAPIM di MBRKK serta SKM Dakwah Islam Tahap Tiga di IPDAS Kampus Kudat.

ADMIN

#IPDASKampusKudat

#IPDASdihati


 04 July 2024  UKK IPDAS  4 hits