LAWATAN PELAJAR SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) MASJID BANDAR RAYA KOTA KINABALU KE IPDA

28 Jun 2024

LAWATAN PELAJAR SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) MASJID BANDAR RAYA KOTA KINABALU KE IPDAS KAMPUS KUDAT

28 Jun 2024, Kudat - IPDAS Kampus Kudat telah menerima kehadiran rombongan pelajar Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu.

Rombongan pelajar SAPIM MBRKK telah diiringi oleh tiga orang tenaga pengajar dan disertai seramai 12 orang pelajar.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim dan mengenali IPDAS Kampus Kudat secara lebih dekat, di samping melihat suasana serta pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran SAPIM di sini.

Rombongan telah disantuni oleh YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat beserta beberapa staf lain yang mana telah dimulai dengan sesi taklimat, lawatan sekitar kompleks IPDAS Kampus Kudat dan penyampaian cenderahati.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak MBRKK, semoga lawatan ini akan mencapai matlamatnya dan berupaya untuk mengukuhkan program Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

ADMIN

#IPDASKampusKudat

#IPDASdihati


 04 July 2024  UKK IPDAS  4 hits