PROGRAM WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) JAKIM KE IPDAS KAMPUS KUDAT

03 Julai 2024

PROGRAM WALKABOUT TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) JAKIM KE IPDAS KAMPUS KUDAT

3 Julai 2024, Kudat - Telah berlangsung Program Walkabout Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) (TKPP), JAKIM ke IPDAS Kampus Kudat, pagi tadi.

YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM telah tiba di IPDAS Kampus Kudat sekitar 10.30 pagi dan disambut oleh YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat, barisan Penolong Pengetua serta semua staf.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh YBrs. Puan Pengetua IPDAS Kampus Kudat dan disusuli dengan ucapan amanat oleh YBhg. Dato' Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM serta turut dibuka ruang dialog antara staf dan YBhg. Dato' TKPP sebagai perbincangan ringkas berkenaan halatuju IPDAS Kampus Kudat yang mana lebih menjurus kepada Fasiliti.

Program Walkabout ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YBhg. Dato' TKPP, jamuan makan tengah hari dan lawatan ke semua kawasan kompleks IPDAS Kampus Kudat.

Pihak IPDAS Kampus Kudat merasa amat sukacita dengan kehadiran YBhg. Dato' TKPP dan merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian YBhg. Dato' berkunjung ke sini.

Semoga pertemuan dan perbincangan dalam program ini akan membuahkan hasil yang terbaik khusus untuk perkembangan pendidikan Islam di negeri Sabah.

ADMIN

#IPDASKampusKudat

#IPDASdihati


 04 July 2024  UKK IPDAS  5 hits