MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN IPDAS KALI KE-18

10 Jun 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN IPDAS KALI KE-18

10 Jun 2024

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Kota Kinabalu - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Kali Ke-18 bertempat Hotel Le’Meridien, Sabah.

Mesyuarat ini telah melibatkan sebanyak 14 agensi kerajaan negeri Sabah bagi membantu menjayakan Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS yang akan berlangsung tidak lama lagi disamping mendapatkan sudut pandang daripada setiap agensi yang terlibat.

Mesyuarat ini juga dipengerusikan oleh YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, YBrs. Ustazah Hajah Khatijah binti Abd Rahman, Pengarah IPDAS dan beberapa urus setia Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS kali ke-18 Tahun 2024.

#IPDASdihati

#IndahnyaIPDAS

#Jun

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook: @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS

Instagram: @ipdas_jakim

Youtube: IPDAS JAKIM TV

Tiktok: @myipdas


 11 June 2024  UKK IPDAS  7 hits