MINGGU MAHABBAH MAHASISWA IPDAS KAMPUS KUDAT MAJLIS PENANGGUHAN OLEH PP. SPKM

09 Jun 2024

MINGGU MAHABBAH MAHASISWA IPDAS KAMPUS KUDAT

MAJLIS PENANGGUHAN OLEH PP. SPKM

9 Jun 2024, Kudat - Minggu Mahabbah Mahasiswa IPDAS (MIMI) Kampus Kudat telah melabuhkan tirainya setelah selesai majlis penangguhan pada 2.30 petang tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Darmansyah bin Mohd. Said, Penolong Pengetua Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat, mewakili YBrs. Puan Pengetua.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghulu, disusuli dengan ucapan perasmian, penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan, persembahan pelajar dan diakhiri dengan tayangan video montaj.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia, selamat berjuang dalam medan keilmuan. Semoga berjaya.

ADMIN

#IPDASKampusKudat

#IPDASdihati


 10 June 2024  UKK IPDAS  10 hits