MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN PELAJAR BAHARU SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) IPDAS KAMPUS K

05 Jun 2024

MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN PELAJAR BAHARU SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM MALAYSIA (SAPIM) IPDAS KAMPUS KUDAT SESI 2024-2025 SIRI I

5 Jun 2024, Kudat - Telah berlangsung Majlis Simbolik Penyerahan Pelajar Baharu Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia (SAPIM) IPDAS Kampus Kudat Sesi 2024-2025 Siri I pada 2.00 petang tadi, bertempat di Dewan Utama IPDAS Kampus Kudat.

YBrs. Puan Norhikmah binti Masir, Pengetua IPDAS Kampus Kudat telah hadir menyampaikan ucapan amanat sempena majlis tersebut selain turut dihadiri oleh barisan penolong pengetua dan semua staf IPDAS Kampus Kudat.

Dalam majlis tersebut, pelajar baharu turut membaca ikrar sebagai pengakuan komitmen sepanjang tempoh pengajian di sini.

Semoga majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pihak pengurusan IPDAS Kampus Kudat dan ibu bapa/penjaga pelajar.

ADMIN

#IPDASKampusKudat

#IPDASdihati


 10 June 2024  UKK IPDAS  4 hits