IPDAS BERSAMA-SAMA MENYANTUNI DUYUFURRAHMAN DALAM OPERASI HAJI

03 Jun 2024

IPDAS BERSAMA-SAMA MENYANTUNI DUYUFURRAHMAN DALAM OPERASI HAJI

TANAH AIR STESEN BERLEPAS KOTA KINABALU 2024M/1445H

03 Jun 2024 (Isnin)

Oleh : Seksyen Komunikasi Strategik

Kota Kinabalu - Seksyen Pembangunan Kemahiran Insaniah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menyertai Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Stesen Berlepas Kota Kinabalu pada 31 Mei 2024 hingga 03 Jun 2024 bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah International Convention Centre (SICC) dan Hotel Raia.

Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Kemahiran Insaniah, Puan Jundia binti Ali bersama-sama anggota Pasukan Institut Pertahanan Awam Malaysia (PISPA) IPDAS hadir sebagai sukarelawan dalam membantu persiapan para jemaah haji. Aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa IPDAS berkaitan aktiviti sukarelawan sekali gus menggalakkan pelajar terus berbakat dan berkemahiran insaniah.

#IndahnyaIPDAS

#IPDASdihati

#OHTA2024

#SUKARELAWANIPDAS

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS

Youtube: IPDAS JAKIM TV

Instagram : @ipdas_jakim

Tiktok: @myipdas


 10 June 2024  UKK IPDAS  4 hits