KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KEPADA IPDAS

01 Februari 2024

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KEPADA IPDAS

1 Februari 2024 (Khamis)

Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada pagi ini.

Pertemuan membabitkan delegasi UMS yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, YBrs. Prof. Dr. Shahril Yusof ini bertujuan mewujudkan ruang dan peluang untuk mengadakan jalinan kerjasama antara pihak IPDAS dan UMS dalam pelbagai aspek. Kunjungan ini juga turut menjadi medium perkongsian pengalaman dan pertukaran pendapat antara kedua-dua pihak.

Turut serta YBrs. Prof. Dr. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek, Dekan Fakulti Pengajian Islam UMS, Encik Haji Azlan bin Awang, Ketua Pentadbiran Fakulti Pengajian Islam UMS, Ustaz Md. Razali Saibin, Penyelaras Hufaz, Ustaz Khairol Ikhwan, Pensyarah UMS, Encik Victor Gondipon, Pegawai Khas Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Encik Arfah Bernadus, Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Pejabat Canselari, UMS.

Sesi kunjungan hormat yang diadakan di Bilik Mesyuarat IPDAS ini telah dipengerusikan oleh Pengarah IPDAS, YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman.

#IPDASdihati

#IndahnyaIPDAS

#FEBRUARI

#2024

Informasi terkini IPDAS kini berada di hujung jari anda. Jangan lupa LIKE, SHARE, FOLLOW dan SUBSCRIBE media sosial IPDAS.

Facebook : @Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah - IPDAS

Youtube: IPDAS JAKIM TV

Instagram : @ipdas_jakim

Tiktok: @myipdas


 06 February 2024  UKK IPDAS  4 hits