BENGKEL PEMBANGUNAN INSTRUMEN PELAN MANHAJ TARBIYAH IPDAS

19 April 2023

19 April 2023
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik

Keningau-  Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Instrumen Pelan Manhaj Tarbiyah bersama Prof. Dr Muhamad Suhaimi bin Taat daripada Universiti Malaysia Sabah.

Bengkel ini diadakan bagi membolehkan pengukuran dan pelaksanaan Pelan Manhaj Tarbiyah dijalankan secara holistik dan sistematik.  Namun pada masa sama, tujuan bengkel ini diadakan  bagi memberi pendedahan kepada peserta bengkel berkaitan alat pengukuran yang sesuai diaplikasikan dalam mengukur Pelan Manhaj Tarbiyah agar keabsahan dan kebolehpercayaan dapat dibuktikan dengan metodologi saintifik. Bengkel  Instrumen Pelan Manhaj Tarbiah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat IPDAS Kampus Keningau.


 19 April 2023  ipdas admin  72 hits