MAJLIS IFTAR JAMA'IE DAN KHATAM AL-QURAN DI IPDAS KAMPUS KUDAT

14 April 2023

14 April 2023, Kudat - Seksyen Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa IPDAS Kampus Kudat telah menyelaraskan Majlis Iftar Jama'ie dan Khatam al-Quran bertempat di Dewan Utama, IPDAS Kampus Kudat.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Baharudin bin Othman, Timbalan Pengarah IPDAS, barisan kepimpinan, pensyarah dan kakitangan IPDAS, ketua-ketua kampung sekitar IPDAS Kampus Kudat, pengerusi Masjid Ubudiah Sikuati, tetamu jemputan serta semua pelajar SAPIM dan SKM Dakwah Islam. 
Selain khatam al-Quran, majlis tersebut turut diisi dengan penyampaian ceramah khas oleh YBrs. Ustaz Mohamad Rozandi bin Ruslee sebagai penceramah jemputan dan penyampaian sumbangan mushaf al-Quran daripada YBrs. Timbalan Pengarah IPDAS kepada wakil dari Ma'ahad Tahfiz Babussalam, Sikuati, Kudat.
Sehubungan dengan itu, IPDAS Kampus Kudat merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. 
Semoga dengan adanya penganjuran program ini akan menyemarakkan lagi budaya membaca al-Quran dalam kalangan pelajar serta mampu mengeratkan lagi silaturahim antara IPDAS dan masyarakat sekitar dari semasa ke semasa.


 19 April 2023  ipdas admin  19 hits