14 April 2023
Oleh: Seksyen Komunikasi Strategik
Keningau - Dapur Ramadan IPDAS sekali lagi menyinari Ramadan 2023 dengan agihan Bubur Kacang dan Bubur Lambuk. Agihan pada kali ini meliputi Keningau dan Kudat.
sebanyak 200 bekas Bubur Lambuk telah diagihkan kepada kakitangan, pelajar IPDAS dan juga orang awam di sekitar Pekan Sikuati. Seramai 15 orang pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) IPDAS Kampus Kudat turut serta dalam proses memasak Bubur Lambuk tersebut.
Manakala di IPDAS Kampus Keningau pula telah mengagihkan sebanyak 150 bekas Bubur Kacang yang diagihkan kepada semua kakitangan IPDAS Kampus Keningau dan penduduk kampung serta pelajar-pelajar sekolah.