KUNJUNGAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN, (KDN) NEGERI SABAH KE IPDAS KUDAT

26 April 2022

 

KUNJUNGAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN, KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) NEGERI SABAH KE INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS) KAMPUS KUDAT

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Kudat telah menerima kunjungan daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sabah.

Kunjungan ini telah dihadiri oleh Pegawai KDN iaitu En. N.Kelosius bin Samuil, En. Amdan bin Ibrahim, En. Mohd Redzuan bin Abdullah dan En. Aloysius Malius.

Dalam kunjungan ini Ustaz Mohd Johar bin Japnar, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Unit Pentadbiran IPDAS Kampus Kudat mewakili Tuan Pengetua telah menyantuni kunjungan mereka.

Antara objektif kunjungan ini ialah pihak KDN memberi taklimat berhubung perkara berikut:

1. Program yang bakal diadakan di IPDAS Kampus Kudat.

2. Fungsi, Seksyen dan Akta di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan di Kementerian Dalam Negeri.

IPDAS Kampus Kudat akan memberikan komitmen penuh untuk membantu pihak Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN dalam memastikan program dapat berjalan dengan lancar. Semoga jalinan kerjasama ini memberi impak yang terbaik.

IPDAS Kampus Kudat

27 April 2022 (Rabu)


 09 May 2022  ipdas admin 2  19 hits