Kunjung Hormat Kolej Komuniti Tambunan ke IPDAS Keningau

05 April 2022

Kunjung Hormat dan Sesi Perbincangan ke Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bagi Persediaan Pelaksanaan Program Kem Solat KKTBS 2022

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) menerima kunjungan hormat daripada Kolej Komuniti Tambunan yang diwakili seramai tiga orang pegawai. Kunjungan hormat tersebut telah membincangkan hal-hal mengenai pembangunan kemahiran di dalam kalangan pelajar-pelajar daripada kedua-dua belah pihak iaitu IPDAS dan KKT.

Disamping itu, KKT juga menjemput lantikan Fasilitator untuk menjalankan Program Kem Solat KKTBS 2022 yang diadakan pada 8 April nanti mengambil pelajar daripada KKT sebagai sasaran utama kem tersebut.

#IPDASdihati

#IndahnyaIPDAS

#IPDASKKT

#Ramadan3


 23 April 2022  ipdas admin 2  19 hits