PROGRAM DAÍ HARAPAN KELUARGA MALAYSIA

13 Mac 2022

PROGRAM DAÍ HARAPAN KELUARGA MALAYSIA

Tarikh : 13 Mac 2022

IPDAS KAMPUS KUDAT hari ini telah berjaya mengadakan Program Da'i Harapan Keluarga Malaysia 2022. Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula hari Jumaat sehingga hari Ahad yang bertempat di IPDAS Kampus Kudat. Semua pelatih aspura dan aspuri diwajibkan untuk menyertai program ini.

Perasmi Program Da'i Harapan Keluarga Malaysia Datu Mohd Sallehin bin Moksan, mewakili Pengarah IPDAS. Dalam ucapan beliau memberitahu, "Beliau berharap pelatih aspura dan aspuri tidak hanya menamatkan pelajaran diperingkat SAPIM sahaja tetapi berfikiran kehadapan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat lebih tinggi"

Majlis yang bermula pada jam 2:30 petang hari jumaat itu berakhir tepat jam 11.00 pagi hari ini.


 22 April 2022  ipdas admin 2  19 hits