Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik IPDAS Kali Ke-8 Tahun 2022

31 Mac 2022

31 Mac 2022 - IPDAS telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik IPDAS Kali Ke-8 Tahun 2022 bertempat di Hilton Hotel Kota Kinabalu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dato' Dr Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM.

Jawatankuasa Penasihat Akademik merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memperakukan perkara-perkara berkaitan pengajian merangkumi program diploma dan sijil yang ditawarkan di IPDAS sebelum diangkat ke Mesyuarat Lembaga IPDAS bagi memenuhi standard kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mesyuarat kali ini membincangkan isu-isu berkaitan keputusan pentaksiran, Majlis Konvokesyen, semakan program pengajian serta cadangan penawaran program pengajian yang baru.

Melalui mesyuarat ini, isu-isu semasa melibatkan pengajian di IPDAS yang memerlukan pandangan dan keputusan dapat dibincangkan dengan teliti dan diselesaikan dengan tepat dan cepat.

Pihak IPDAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik IPDAS yang hadir bagi memberi sumbangan idea serta maklumat bagi tujuan pembangunan akademik di IPDAS.

Semoga IPDAS akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan professional.

#IPDASdihati

#DaieTeknoIPDAS

#IndahnyaIPDAS

#JKPA8


 22 April 2022  ipdas admin 2  19 hits