Kursus Asas Fotografi Digital

19 Mac 2022

19 Mac 2022 – IPDAS Kampus Kudat telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi Digital selama dua hari bermula 19 dan 20 Mac 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, IPDAS Kampus Kudat. Kursus ini telah dihadiri oleh peserta luar seperti guru dan pelajar sekolah dan beberapa jabatan yang ada di kudat seperti Jabatan Kebajikan, Maritim dan Orang Awam.

Seeramai 32 Orang peserta mengikuti kursus ini. Majlis Penangguhan ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Zubair Bin Samsidi, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa, IPDAS bagi mewakili pihak Pengarah IPDAS.

Beliau menyatakan antara objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas dalam bidang fotografi, menerapkan nilai-nilai kreativiti dalam diri peserta, mendedahkan peserta tentang kepentingan penguasaan pelbagai kemahiran dan teknik dalam bidang fotografi dan mempromosikan IPDAS Kampus Kudat.

Semoga semua peserta dapat mengaplikasikan kemahiran fotografi dengan baik dan meningkatkan lagi tahap kemahiran penguasaan kamera DSLR. Beliau juga menyokong agar pihak IPDAS Kampus Kudat dapat mengadakan kursus susulan secara bersiri pada masa akan datang bagi memantapkan lagi bidang fotografi khususnya di daerah Kudat.


 22 April 2022  ipdas admin 2  19 hits