KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH (IPDAS) SECARA DALAM TALIAN KEPA

12 Ogos 2021

 

Alhamdulillah, kunjungan hormat YBrs. tuan Pengarah IPDAS secara dalam talian kepada YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Bin Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah telah berjaya dilaksanakan.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membina jaringan kerjasama khususnya dalam membangunkan Program Diploma Pelancongan Islam di IPDAS, di samping mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara UiTM dan IPDAS. Pelbagai perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan ini bagi memperkasakan lagi program pengajian yang sedia ada di IPDAS.

Di dalam pertemuan dua hala ini, Pihak IPDAS menyatakan hasrat ingin menjadi salah sebuah feeder kepada UiTM khususnya Cawangan Sabah di dalam pelbagai bidang bagi memastikan keberlangsungan perkembangan Mahasiswa Dakwah di Sabah khususnya dalam bidang Dakwah Kontemporari dan dunia dakwah secara digital berada di dalam posisi yang kukuh.

Jutaan terima kasih IPDAS ucapkan di atas kesudian YBhg. Datuk Rektor UiTM Cawangan Sabah menerima kunjungan.


 17 August 2021  ipdas admin 2  21 hits